KENAYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA. 25hb March 2013.

25hb March 2013.
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia membidas kenyataan seorang ahli politik Gerakan Baljit Singh yang mengatakan "Bahawa pemimpin pemimpin BN yang menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bersama sama Perkasa di Padang Esplanade pada 24hb Mac 2013 yang lalu mengiktiraf dan mengakui bahawa Perkasa adalah sebagai kuasa yang disegani dan meminjam kredibiliti pertubuhan tersebut". Tidak cukup dengan itu beliau juga melabelkan Perkasa sebagai supremacist Melayu dan rasis dan dalam masa yang sama menyatakan bahawa Perkasa dibenci oleh bangsa bangsa lain seperti yang ditulis oleh Athi Shankar dalam portal Free Malaysia Today bertarikh 25hb Mac 2013.
Sebagai sayap kepada Perkasa, kami merasakan kenyataan beliau adalah sesuatu yang tidak patut keluar daripada seorang ahli politik yang bijak dalam memberi kenyataan dimana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai isu sensitif dalam ambang pilihanraya negara.Harus diingat penumbuhan Perkasa adalah sebagai platform dalam penyatuan orang Melayu Islam dalam masa yang sama mempertahankan  semua hak hak yang sedia ada tanpa mengganggu gugat hak hak bangsa bangsa lain.
Disini kami ingin menegaskan bahawa beliau dan Parti Gerakan perlu berusaha untuk lebih berkerja keras untuk membantu jentera BN dalam usaha menawan semula Pulau Pinang dimana pada PRU12 yang lalu, ketika UMNO kehilangan 4 kerusi, Gerakan gagal membantu BN untuk terus menjadikan Pulau Pinang sebagai pengkalan utama Gerakan.Sebaliknya Pulau Pinang kini menjadi pengakalan utama DAP. Gerakan diperuntukan 13 kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi.Apakah kekecewaan Gerakan sudah terubat  dan sudah dapat melupakan dengan apa yang terjadi pada PRU12 yang lalu dan amat selesa dengan apa yang merek ada sekarang sehingga dapat mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Timbalan Ketua MIC Pulau Pinang dan Wakil Rakyat Teluk Bahang dalam penglibatan mereka dalam demonstarsi tersebut.
Sepatutnya Gerakan perlu memainkan peranan sebagai 'pembangkang' yang aktif di Pulau Pinang  kerana kekuatan awal parti tersebut bermula dinegeri tersebut. Bukan membangkitkan isu isu yang tidak releven dan menjadi hero keadaan. Sikap yang ditunjukkan oleh Parti Gerakan yang dilihat mudah patah semangat, terlalu selesa  dan menerima apa sahaja tanpa ada usaha yang lebih dan bersunguh sunguh.  Adalah terlalu sukar untuk BN menawan kembali Pulau Pinang.
Harus diingat bahawa Perkasa mempunyai keahlian yang ramai diseluruh Pulah Pinang dan sebahagianya adalah pengundi pengundi berdaftar. Undi ahli kami juga perlu diambil kira. Dalam masa yang sama kenyataan Baljit Singh boleh mengganggu gugat undi ahli ahli Perkasa. Walaupun satu undi nampak sedikit tapi impaknya sangat besar. Dengan ini kami Wira Perkasa Malaysi membantah sekeras kerasnya kenyataan Baljit Singh dalam membangkitkan isu pembabitan pemimpin pemimpin BN berdemonstrasi bersama Perkasa dan mahu beliau memohon maaf atas kenyataan beliau dan menarik balik kenyataan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH