KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
6 Ramadan 1434 / 15hb Julai 2013

Siapa Joseph Marino untuk bersuara dan mencabar perlembagaan di Malaysia?
Tindakan Joseph Marino selaku Duta Vatican ke Malaysia yang bertindak menyokong penuh langkah Gereja Katolik di Malaysia mengunakan kalimah Allah adalah satu tindakan yang kurang sopan serta kurang bijak dalam menyokong sesuatu tindakan yang mana isu tersebut dibincangkan dan telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 82 bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus dan eksklusif bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu sebagai umat Islam kita wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut makan ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Wira Perkasa sebagai sayap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dengan ini mengutuk sekeras kerasnya tindakan beliau menyokong penuh langkah Gereja Katolik di Malaysia untuk mengunakan kalimah Allah dan memohon tindakan keras dapat diambil oleh kerajaan selain dari mengusir beliau keluar daripada Malaysia. Siapa Joseph Marino untuk bersuara dan mencabar perlembagaan di Malaysia? Umat Islam Malaysia perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Dalam keadaan dimana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Negara, umat Islam perlu bersatu tidak mengira ideologi politik masing masing dengan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah Islam itu sendiri. Senario ini boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam itu sendiri sekiranya umat Islam sendiri tidak peka dan perhatian serta tindakan yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama dinegara ini.

Sewajarnya duta ini keluar daripada Negara ini, kerana Negara ini adalah Negara Islam

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH