Ketidakwajaran kenaikan taraf elektrik sebanyak 20% pada 2014

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
26 Muharam 1435 / 29 Nov 2012 

Sebagai sebuah kerajaan yang diwawarkan dalam mengutamakan rakyat dalam segala aspek, isu kenaikan elektrik yang bakal dinaikan sehingga 20 peratus pada awal 2014 adalah tidak wajar jika ianya dilihat dari pelbagai segi walaupun jaminan ianya tidak akan membebankan pada masyarakat yang berpendapatan rendah.Kadar yang sediaada sudahpun cukup untuk menjadi beban kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dan kita cuba bayangkan bilamana kenaikan itu dilaksanakan.
Alasan kerajaan seperti memberi penekanan terhadap masalah pembaziran tenaga elektrik serta merasionalkan subsidi. Jika kita teliti alasan alasan tersebut ianya bukanlah cara yang betul dalam mendidik rakyat bagi mengelakan pembaziran dan menghadkan subsidi. Realitinya adalah keuntungan yang diutamakan oleh pihak syarikat utiliti tersebut. Saban tahun kita baca, dengar dan lihat keuntungan diperolehi oleh syarikat utiliti tersebut.
Maka dengan itu, sebagai salah satu keperluan asas yang diguna pakai oleh setiap lapisan rakyat dinegara ini adalah tidak wajar dan relevanya kenaikan itu dinaikan sehingga 20 peratus. Wira Perkasa Malaysia melihat isu ini sebagai sesuatu yang tidak patut daj tidak perlu dilaksanakan dalam mana rakyat mahu sesuatu yang boleh membantu mereka bukan yang membebankan.
Menteri yang bertangungjawab harus melihatnya dari setiap sudut bukan hanya menerima input dari penasihat penasihat yang tidak pernah mengetahui kesusuhan rakyat dibawah secara realitinya. Jika dikira congak diatas kerta memang ianya dilihat sesuatu yang tidak membebankan tapi pada hakikatnya rakyat yang menanggung.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

The Star menghina umat Islam sekali lagi

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan