Kembalikan ISA Demi Keselamatan Rakyat

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
8 Rabiulawal 1535 / 10hb Januari 2014

Kembalikan ISA/EO atau roh seumpanya.

Wira Perkasa dari awal lagi tidak pernah bersetuju dengan penghapusan ISA/EO. Sejak ISA dimansuhkan, beberapa kes jenayah yang berprofil tinggi berlaku dan beberapa pihak mula mengambil kesempatan atas pemansuhan tersebut. Kesan jelas akibat dari pemansuhan akta tersebut: kritikan dan mempersenda secara terbuka terhadap agama Islam(terutama tentang isu kalimah Allah), percubaan penafian terhadap hak hak orang Melayu, menentang dan memperlekehkan institusi Raja Raja Melayu dan pelabagai isu lagi.
Apa yang terjadi ini telah menjadi ancaman terhadap keamanan yang telah kita kecapi sebelum ini. Kita harus bersama sama menjaga keharmonian negara dan jangan menunding jari atas kesalahan orang lain. Inilah risiko apabila hendak mentransfomasikan semua sehingga suara rakyat yang sumbang seperti pemabangkang juga kerajaan tunduk kalah.
Janganlah lagi terikut akan suara mereka yang hanya mengundang perkara negatif sehingga keharmonian negara terancam. Seharusnya kerajaan pemerintah sekarang mengembalikan ISA /EO atau roh seumpanya untuk mengekalkan dan memelihara kesejahteraan Malaysia yang harmoni. Wira Perkasa menyokong sepenuhnya kenyataan Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mahu ISA/EO atau roh sepertinya dikembalikan.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH