Siapa Nur Jazlan mahu menasihati PERKASA?

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA
23 Rabiulakhir 1435 / 23 Feb 2014

Jika berpolitik atas dasar kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan
agama,lebih baik Nur Jazlan tutup mulut. Adakah beliau faham akan matlamat
penubuhan Perkasa itu sendiri.Perkasa tidak perlu sesiapapun untuk
dijinakkan. Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang mempunyai matlamat yang
jelas dalam mempertahankan dan memperkasakan agama Islam, mempertahankan
hak hak keistimewaan bangsa melayu dan pribumi, memperkasakan kedaulatan
raja raja melayu.Perkasa bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus
faham akan matlamat Perkasa ditubuhkan. Perkasa tidak pernah memanggil
atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai Perkasa tetapi ada pelbagai
alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai Perkasa. Umno sudah tidak mampu
lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus, orang Melayu sudah
terlalu kecewa dengan Umno itu sendiri, terutama dengan sikap pemimpin
seperti Nur Jazlan ini. Fikirkanlah isu yang lebih membawa kebaikan dan
keuntungan terhadap Melayu itu sendiri dan bukan menunding jari terhadap
kaum Melayu yang sama. Sekeras kerasnya kami menafikan tuduhan beliau yang
mengatakan Perkasa adalah hanyalah alat bagi Umno. Jika masih ada lagi
pemimpin yang masih bodoh sombong seperti beliau, kami Wira Perkasa
Malaysia merasakan Umno bakal menghadapi hari yang kelam dalam menghadapi
PRU yang ke 14 nanti. Orang Melayu sekarang sudah tahu menilai bukan lagi
boleh digula gulakan. Justifikasikan bagaimana orang Melayu dan Pribumi
dapat bersatu dalam mengekalkan kuasa orang Melayu yang dominan bukan
mencari jalan untuk memusnahkannya.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

The Star menghina umat Islam sekali lagi

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan