Gerakan Jangan Pertikaikan Undang Undang Islam

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
25 Jamadil Akhir 1435 / 25 April 2014

Kenyataan Parti Gerakan ingin membawa isu Hudud yang hendak dibentang oleh Pas di Parlimen ke mahkmah adalah satu tindakan  yang tidak sensitif yang boleh mendatangkan kemarahan penduduk majoriti negara ini iaitu umat Islam.

Gerakan sepatut tidak boleh nafikan hak Pas untuk membawa apa-apa usul ke Parlimen. Terpuanglah kepada Ahli Dewan Rakyat membahaskannya dan samada mahu meluluskan atau tidak kuasa di tangan Ahli Dewan Rakyat menentukannya. 

Soal urusan umat Islam sepatutnya bukan Islam jangan masuk campur. Ini hak umat Islam untuk melaksanakan kewajipan kami.

Jika Parti Gerakan meneruskan juga untuk memfaikannya ke mahkamah, kami Wira Perkasa Malaysia akan bertindak memfailkan permohonan mengenepikan permohonan Gerakan itu di mahkamah yang sama.

Perkasa melihat banyak  pihak dari kalangan bukan Islam dalam negara ini semakin melampau kerana satu persatu urusan umat Islam diusik. Perkasa juga boleh membuat tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan perintah mahkamah menghalang kerajaan dari terus membiayaai sekolah-sekolah Bahasa ibunda kaum-kaum tertentu kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Negara 151 & 152. 

Perlembagaan Negara menyebut kaum-kaum lain boleh belajar mengguna bahasa ibunda masing tetapi atas biayaan sendiri. Ini bermakna adalah salah kerajaan membiayai sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Kerajaan hanya perlu biayai sekolah-sekolah Kebangsaan sahaja.

Bagaimana pun Perkasa tidak mahu mengambil tindakan begitu kerana Perkasa sangat memikirkan sensitiviti kaum-kaum lain.

Perkasa nasihatkan Gerakan lebih baik tunggu dan lihat apa dia undang-undang Hudud yang mahu dibentangkan itu di Parlimen terlebih dahulu. Perkasa juga tertunggu-tunggu bentuk undang-undang Hudud yang Pas mahu bentangkan.

Perkasa menyokong penuh usaha Pas untuk membentangkan Hudud di Parlimen. Bagi Perkasa sudah sampai masanya umat Islam mengguna pakai undang-undang Islam yang sebenar. Undang-undang Islam adalah adil. Adil kepada penganut lain juga. Jika penganut agama lain memahami Hudud yang sebenar, pastinya mereka akan dapati Hudud itu adalah satu undang-undang yang seadil-adilnya. 

Wasalam
 
Irwan Fahmi Ideris.
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

The Star menghina umat Islam sekali lagi

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan