Selesaikan dahulu Permis Permis Judi, Pelacuran di sekitar Kuala Lumpur dahulu

KENYATAAN WIRA PERKASA MALAYSIA
6 Ramadan 1435 / 4hb Julai 2014

WIRA PERKASA Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan yang mengehadkan pemberian apa sahaja bantuan kepada gelandangan adalah 2 KM diluar pusat bandar Kuala Lumpur.

Kenyataan ini secara jelas adalah merupakan sebuah kenyataan yang tidak mempunyai asas dan tidak sepatut nya dikeluarkan oleh seorang menteri yang mewakili parti politik melayu terbesar dinegara ini. Dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak yang mana ramai mengambil kesempatan untuk bersedekah, YB Menteri mengeluarkan kenyataan bodoh dan tidak masuk akal. Apa relevan nya? Ingin pertontonkan kejahilan diri sendiri? Ini bukan soal populariti. Ini soal ibadah yang dituntut dalam Islam. YB Menteri kena pandai bezakan antara pengemis dan peminta sedekah walaupun YB Menteri dilahirkan dalam keluarga bangsawan.

Soal mereka (gelandangan) siapa itu perkara ke dua. Perkara pertama adalah, jangan keluarkan kenyataan seolah-olah menghalang sukarelawan untuk menjalankan aktiviti mereka. Kenyataan YB Menteri seolah-olah menunjukan kelemahan unit penguatkuasaan (inforecement) jabatan-jabatan tertentun seperti DBKL menjalankan tugas. Kita kena akui unit penguatkuasaan jabatan-jabatan kerajaan adalah terlalu teruk, lembap dan tak reti buat kerja.

Kepimpinan WIRA PERKASA Malaysia mencadangkan disini, adalah lebih baik YB Menteri membasmi kegiatas Perjudian (Kedai Mesin judi yg berleluasa), Pelacuran dan perniagaan-perniagaan haram yang terbukti sangat berleluasa di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan atau mengeluarkan arahan kurang cerdik untuk menghalang mana-mana NGO juga sukarelawan yang ingin membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

Jika benar YB Menteri serius dalam isu pembersihan Kuala Lumpur seperti yang dimaksudkan, kami tuntut YB Menteri mulakan dengan membasmi tiga (3) kegiatan yang dinyatakan diatas terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan yang lain. Sebagai permulaan, kami ingin memaklumkan disini, WIRA PERKASA Negeri Sembilan telah pun membuat laporan polis agar tindakan lebih tegas diambil untuk pengusaha-pengusaha premis judi mesin slot di Negeri Sembilan. Ini bukti kami serius dalam isu ini dan kami harap YB Menteri Wilayah Persekutuan juga serius seperti kami dalam membendung masaalah ini yang jelas terbukti lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sekian, Terima Kasih.

Irwan Fahmi ideris
Ketua WIRA PERKASA MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH