Apakah ini cubaan Menghapuskan kuasa Raja Rama Melayu?

Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia

30 Zulkaedah 1435 / 25hb September 2014

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menyelar kenyataan Gooi Hsiao Leung MP Alor Star mengesa MB Selangor Azmin Ali "Reformasi Perlembagaan"  Gooi mencadangkan agar undang undang tubuh negeri Selangor mentakrifkan peranan Raja Berperlembagaan untuk mengelakkan kekeliruan ini satu hasutan dan juga mempertikaikan kuasa Raja Raja Melayu.

Ini menunjukkan bahawa Gooi cuba mengurangkan kuasa Sultan, sedangkan kepincangan yang berlaku di Selangor itu semuanya berpunca daripada mereka sendiri.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan bahawasanya ini juga cubaan menghapuskan kuasa Melayu. Apakah mereka ini sudah lupa sosial kontrak yang mana telah dipersetujui oleh tok nenek mereka. Hormati apa yang telah dipersetujui dahulu. Bukan mengeluarkan kenyataan biadap seperti ini.

Ini juga satu penghinaan terhadap orang orang Melayu. Kuasa Sultan mempunyai kuasa penuh untuk melantik sesiapa daripada parti yang mendapat majoriti suara dewan.

MP Alor Star ini juga tidak mempunyai adap dan tidak hormat kepada Raja2 Melayu. Tindakan jahat ini secara tiak langsung menghasut rakyat supaya membenci kepada insitisusi Raja Raja Melayu. Adakah tindakan Gooi ini mahu menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu? Ataupun cubaan merepublik negara ini? Wira Perkasa juga menggesa supaya tindakan perlu diambil kerana secara terang ini adalah perbuatan menghasut.

Kepimpinan Wira Perkasa Malaysia merasakan MP ini tak layak mengeluarkan kenyataan biadap. Kamu kena ingat bahawasanya Negara ini mempunyai undang undang. Jangan mengeluarkan kenyataan yang menghasut dan tidak bertanggungjawab. Hormati Raja Raja Melayu. Jangan kurang ajar.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

  1. Sebab itulah mereka nak menghapuskan akta hasutan supaya mereka bebas menghasut dan menghancurkan orang Melayu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH