Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia. Isnin 25 Zulkhijah 1435 / 21hb Oktober 2014

PETALING JAYA: Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris menyangkal keras kenyataan seorang ahli Gerakan Batu Pahat Johor, Tan Lai Soon kerana mengeluarkan kenyataan biadap dan menghasut mengatakan Melayu juga adalah pendatang di negara ini.
Kenyataan ini wajar diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasut umum dengan mengatakan orang Melayu juga pendatang.
“Saya ingin beri amaran, jangan bersikap kurang ajar terhadap bangsa Melayu, kaji dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Cakap itu dengan akal bukan main buat kenyataan tanpa usul periksa. Ini tidak, malah sebagai seorang pemimpin mengajar bangsa lain untuk menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambahnya, beliau menegaskan kepada ahli Gerakan supaya menghormati persetujuan ‘Social Contract’ sebelum zaman kemerdekaan lagi.
“Janganlah semata-mata ingin mendapatkan sokongan undi, tetapi mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan dan menimbulkan perbalahan kaum.
“Saya tidak boleh toleransi dengan ahli Gerakan tersebut dan saya minta supaya beliau cermin diri dahulu dan bukannya memecahbelahkan orang Melayu.
“Kalau beliau hebat sangat pergi bertanding di kawasan seperti di Bukit Bintang dan Subang yang merupakan kawasan tumpuan, kita tengok boleh menang ke tidak,” jelasnya.
Irwan Fahmi juga mendakwa Gerakan ini parti yang menyusahkan dan telah gagal untuk meraih sokongan rakyat.
“Mereka menang pilihan raya di Telok Intan, Perak juga amat tipis dan saya ingin lihat dalam masa tiga tahun lagi apabila pilihan raya akan datang mereka boleh menang atau tidak,” ujarnya.
Free Malaysia Today Here

Comments

Popular posts from this blog

Kali ini sudah pasti kami tidak akan tertipu lagi.

The Star menghina umat Islam sekali lagi

Sudah Cukup segalanya digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan