Daulat Tuanku

Kenyataan Wira Perkasa Malaysia
27 Zulhijjah 1436H | 10 Oktober 2015

Wira Perkasa Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap titah DYMM Raja-Raja Melayu yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sesungguhnya Raja-Raja Melayu perihatin dengan kemelut isu 1MDB yang masih belum selesai. Apabila sesuatu masalah berlaku dalam negara khususnya melibatkan isu besar dan kepentingan rakyat, Raja berhak menitahkan kepada pentadbiran kerajaan untuk menyelesaikan dengan kadar segera. Siasatan terhadap 1MDB harus diselesaikan dengan kadar segera, kerana ia jelas ini adalah masalah paling besar yang negara sedang alami kini. Siasatan yang telus dan adil harus dilaksankan. DYMM Raja-Raja menitahkan agar jangan ada tangan-tangan luar yang cuba mencampuri siasatan kes 1MDB.

Ini sangat penting dalam kita memelihara kedaulatan negara Malaysia. Kami Wira Perkasa Malaysia menyokong ucapan titah yang disampaikan oleh Baginda Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Baginda menitahkan kepada pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk menjaga kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Baginda tuanku juga bertitah rakyat kini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima. Jangan cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar. Baginda bertitah sempena ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke - 50 Jubli Emas di Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar.

Kami melihat DYMM Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap perkara ini. Kami Wira Perkasa Malaysia mendesak mahu isu ini perlu diselesaikan segera. Tangkap dan dakwa mana-mana individu yang terlibat. Sesungguhnya merekalah telah mencemarkan nama baik negara ini. Kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air harus kita pelihara. Melayu kini hanya tinggal kuasa. Janganlah persiakan kuasa yang ada hanya untuk kepentingan sendiri. Ingat kedaulatan dan perlembagaan harus kita pelihara demi kehidupan aman makmur dan sejahtera.

Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH