Negara sedang di Gadai Satu persatu

Kebanyakan pekerja dan pemilik syarikat swasta tidak mempunyai pilihan. Mereka dipaksa untuk mencarum kedalam KWSP. 

Dalam masa yang sama pencarum KWSP tidak mempunyai hak untuk menggunakan wang tersebut kecuali dengan beberapa sebab contoh membeli atau mengurangkan pembelian rumah, pengeluaran hilang upaya, meninggalkan negara, pengeluaran pendidikan dan sebagainya.

Hanya ada beberapa sebab ianya boleh dikeluarkan. Kerajaan harus ingat bahawasanya pencarum dan syarikat-syarikat tiada pilihan untuk tidak mencarum. 

Dengan mudah kerajaan memaklumkan akan membantu pembagunan infrastruktur Negara Amerika Syarikat dengan menggunakan wang simpanan pencen rakyat. Dengan mudah kerajaan berbelanja wang rakyat. 

Inilah sikap pemimpin yang tidak ada amanah membuat keputusan sendiri. Sedangkan ini secara terang simpanan wang rakyat dan kerajaan hanya menguruskan sahaja. Mungkin juga mak bapak pemimpin kita ada menyimpan didalam KWSP tetapi keseluruhan KWSP wang tersebut. 

Kali ini kita pastikan kerajaan yang sedia ada ini tumbang pada PRU yang akan datang sebelum masa depan anak bangsa dan rakyat negara ini merempat di bumi sendiri 

Sudah cukup segalanya digadai Hj Najib wajar meletakkan jawatan 

Sekian 

Terima Kasih 

Irwan Fahmi Ideris
15hb Sept 2017


Comments

  1. Tulis berdasarkan faham ekonomi ke atau sekadar nak membangkang je...

    ReplyDelete
  2. Penulisan yang tiada faham ilmu bisnes dan tidak mengikuti perkembangan semasa serta minda yang tertutup rapat..

    ReplyDelete
  3. simpan ja duit tu ingat boleh beranak sendiri ke?
    dividen nak tp bila laburkan duit tu untuk cari keuntungan utk biaya kos operasi uruskan duit dan bayar dividen tiap2 tahun memekak pulak!
    cetek ilmu tp berlagak pandai....
    bodoh punya orang...
    org jepun yg intelek pun tak ada masalah fund pencen diorg dilaburkan ke merata dunia... sbb faham untuk jana keuntungan... org malaysia... kena spin sikit... bohong sikit... dah goyang meracau tak tentu hala...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH