Apakah Perdana Menteri mengkhianati umat Islam di Malaysia???

Kenyataan Media oleh Irwan Fahmi Ideris

14 Febuari 2018 | 07.00 petang

1. Negara Malaysia dikejutkan dengan kehadiran diplomat Israel secara rasmi menurut portal berita Malaysiakini pada 13 Febuari 2018. Ini merupakan satu perkhabaran yang mengejutkan buat semua.

2. Pertamanya sebagai seorang rakyat Malaysia yang umumnya kita tahu bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, saya ingin bertanya apakah motif utama kedatangan diplomat ini? Jika dia hadir ke persidangan yang diadakan, siapa yang jemput mereka? Siapa juga membenarkan kemasukan diplomat ini dan delegasi yang lain ke dalam negara ini? Sememangnya jelas ia menunjukkan tindakan ini telah mencabar kewibawaan dan maruah negara.

3. Bebrapa bulan yang lepas rakyat Malaysia jelas telah menyampaikan mesej menolak dari mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara selepas pengumuman pengiktirafan itu telah dibuat oleh sekutu kuatnya Amerika Syarikat. Saya lihat juga pimpinan kerajaan juga turut buat perkara yang sama. Tapi mengapa perkara sekecil ini tidak dapat diperhalusi oleh mereka? Jika kita juga telah menolak Israel mengapa pula kehadiran mereka ke negara ini dialukan? Apa yang cuba dibuktikan sekarang ini?

4. Jika kita perhalusi perkara ini, maka jelaslah bahawa  kehadiran diplomat ini serta deligasinya merupakan satu pengkhianatan dan pimpinan negara menunjukkan sikap hipokrit dalam menegakkan pendirian dalam isu antarabangsa. Apa pun alasan kita dengan sengaja atau tidak sengaja, Malaysia telah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara. Tindakan ini amat memalukan dimana sebuah negara Islam boleh bertindak sedemikian.

5. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku. Apakah jaminan keselamatan negara kita pada masa akan datang jika perkara sekecil ini tidak dapat dibendung, inikan pula perkara lain pada masa akan datang. Ibarat kita harapkan pagar, pagar makan padi. Perkara seperti ini harus disiasat segera, jika tidak berlaku maka ia adalah kebimbangan yang harus dirasai rakyat Malaysia. Saya mendoakan agar keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa.

Sekian,
Irwan Fahmi Ideris

Comments

Popular posts from this blog

Doa Nasiri

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA

kesan apabila kerajaan menarik balik kes rayuan isu kalimah ALLAH